expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, September 10, 2014

Pasukan Pengakap menjuarai pertandingan kawad kaki statik


Tahniah kepada pasukan Pengakap SMKAM kerana menjuarai keseluruhan pertandingan kawad kaki statik 2014 yang berlangsung petang tadi. Kedua-dua platun lelaki dan perempuan turut menjuarai bagi setiap kategori. Ketua platun terbaik lelaki juga disandang oleh pasukan pengakap. Keseluruhannya pasukan ini memenangi 4 anugerah.



Pertandingan yang berlangsung bermula jam 2.30 petang itu berakhir pada jam 6 petang. Setiap pasukan berlatih sejak beberapa minggu lepas lagi telah menunjukkan persembahan yang baik dan lancar. Tempat kedua pagi platun lelaki ialah PBSM manakala tempat ketiga KRS. Bagi platun perempuan, tempat kedua Briged Bakti dan ketiga Bomba. ketua platun terbaik perempuan pula disandang oleh Briged Bakti.

Tahniah kepada pasukan yang berjaya.
Yang kurang berjaya, cuba lagi tahun depan.
Entri kali ini sekadar memaparkan sebahagian daripada gambar yang dirakam.
Ada pasukan yang tiada gambar dalam entri ini..... harap maaf,
sebab banyak lagi gambar lain berada dalam kamera.






Persembahan oleh pasukan taekwondo SMKAM

Pasukan silat juga turut memberikan persembahan 
yang memukau penonton

Sekian...jumpa lagi tahun depan.

2 comments:

  1. Tahniah kpd yg berjaya...segak bergaya..terbaiklah...

    ReplyDelete
  2. melihat pasukan pakaian seragam ni teringat masa sekolah rendah dulu.aktif jugaklah dalam pengakap.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.