expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 12, 2014

Petronas menipu pelanggan?


Saya rasa macam tertipu pula dengan tawaran payung percuma apabila berbelanja di stesen Petronas. Apa tidaknya, sudah banyak kali mengunjungi beberapa stesen petronas terdekat untuk membuat penebusan, tetapi jawapan yang sama diterima, stok baru habis dan stok baru belum sampai. Tempoh pengumpulan cop bermula 20 Julai hingga 15  september dan penebusan sehingga 30 September 2014. Saya ingin membuat penebusan pertama pada 20 Ogos dulu lagi, sampai sekarang belum dapat lagi. Takkan hari-hari kena pergi ke stesen minyak untuk bertanyakan payung.


Memanglah dalam syaratnya adalah sehingga stok masih ada, dan edisi terhad. Tapi takkan tak sampai sebulan pun dah habis stok. Adakah ramai sangat yang membuat penebusan awal? Atau bilangan payung yang disediakan sedikit saja? Kalau memang stok dah habis, kenapa tidak maklumkan saja kepada pelanggan bahawa stok dah habis dan tak perlu cop lagi pada kad penebusan. Ini tidak...terus cop tapi setiap kali nak tebus, stok habis. Apa-apa sajalah jawapan...tapi secara peribadi saya berpendapat tawaran ini sengaja untuk menarik pelanggan mengisi petrol di Petronas. 

Kadang-kadang rasa macam terhegeh-hegeh nakkan payung tu. Bukan tak mampu nak beli payung sendiri, tapi sebagai pelanggan yang kerap ke Petronas ini, saya rasa naklah juga simpan payung tersebut sebagai kenang-kenangan daripada syarikat minyak tanah air sendiri.

Barang percuma mestilah ramai yang nak..Tapi kalau seorang tu boleh dapat lebih daripada satu, kasihanlah juga kepada pengguna yang lain. Kalau macam ni, saya akan kembali mengisi petrol dengan syarikat Esso, yang mana sekarang telah bertukar kepada Petron. Sebelum ini memang kerap juga mengisi minyak di Esso(Petron), tapi disebabkan nakkan payung tu saya beralih ke Petronas.

Pelanggan ada banyak pilihan. Sebagai pengguna kita berhak membuat pilihan. Saya dan pengguna yang lain semestinya akan memilih syarikat minyak yang mesra pengguna dan tidak menipu pelanggannya!



Yang ini sekotak tisu oleh Petron bagi setiap RM 50 isian petrol. Nampak macam tak seberapa, tapi nilai penghargaan kepada pelanggan itu yang sangat penting. Buatlah pilihan yang bijak. 

5 comments:

  1. Aahlah, sama. Selalu tanya asyik tak ada je.. Siap tampal lagi dekat bahagian cashier "Payung Habis".hmm,

    ReplyDelete
  2. kami pun tertipu jugak..smpai skarang tak dapat.bila kita bunyi org kata ala,payung je ponnn

    bkn la mslh payung sgt pun,kt kedai kita boleh beli,.cuma geram dgn taktik menipu tuuuu

    ReplyDelete
  3. Dah la minyak kurang berkualiti tkkan nak tipu pelanggan pula. Untung berbilion, tak logik..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.