expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, October 23, 2014

Ikan celup tepung


Inilah yang dinamakan ikan celup tepung. Tentunya ramai yang dah biasa makan. Kalau ke pantai, menu ni banyak dijual di gerai-gerai tepi pantai. Memang sedap kan... Tapi kena pastikan ikan yang dipilih untuk digoreng tu segar dan bancuhan tepung untuk dicelup ikan tu secukup rasa. Kalau bancuhan tepung tak sedap...maka hasilnya tak sedap...



Satu lagi faktor kesedapan ikan celup tepung ni ialah sos yang digunakan sebagai pencicah. Pilihlah sos yang sedap dan khusus untuk mencicah ikan. Lagi pedas lagi sedap...hehe... Makan masa panas-panas yer baru sedap. Kalau dah sejuk...rasanya pun dah tak berapa sedap.

Ikan celup tepung dalam gambar kat atas tu disediakan oleh adik saya. Ini cerita petang semalam. Kebetulan ada penjual ikan yang bawa ikan segar petang semalam, maka kami beli, terus proses buat ikan celup tepung. Makan sepuas-puasnya...hmmm cubalah yer..

2 comments:

  1. Tak pernah buat pulak ikan celup tepung. Tapi nampak macam sedap ehehe

    ReplyDelete
  2. Mcm sedap resepi KM ni..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.