Friday, October 24, 2014

Gegar Gempak Festival di Kota Bharu


Memang gempak festival di Kota Bharu kali ini. Mengumpulkan usahawan online dari Kelantan dan seluruh negara di Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu, selama dua hari iaitu hari ini 24 Oktober dan esok 25 Oktober 2014. Dua hari saja tau! Sesiapa yang belum ke sana...cepat-cepat. Saya sendiri mengetahui festival ini melalui instagram dan sempat ke sana petang tadi.



Bukti kehadiran ke sana.Hehe.. Seronok tengok banyak vendor dan produk masing-masing. Sebelum ni tengok kat instagram dan FB saja. Tapi kali ni berpeluang membeli secara terus. Antara barangan yang dijual adalah pakaian, tudung, pelbagai kek, aksesori wanita, kosmetik dan banyak lagi. Tak tersenarai kat sini.


Ini bukan model tudung yer...tapi puan isteri saya. hehe...
Bergambar dengan tudung bawal exclusive. 
Mahal juga harga tudung bawal exclusive ni... RM 450 sehelai.
Ada berani mahu beli?


Kami beli kek kat sini tadi


Petang tadi ada artis memeriahkan festival...
Nubhan, Siti nordiana dan Yatt hamzah


Nak beli tuala pun ada....


Dapat sehelai..jadilah yer sebagai kenangan.


Pandangan dari depan KTC


Sebelum pulang.....jangan lupa untuk bergambar kat sini,
kemudian upload dalam instagram.
Semoga Festival ini memberi manfaat kepada vendor dan pembeli.

2 comments:

Sentiasa Panas said...

Seronok sakan nampaknya KM7 ngan family kan..

Siti Zawiyah Rahmat said...

Bestnya kat sana . Tapi memang mahal tudung tu..

Jemput ke www.cintavitamin.com