expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 31, 2014

Perkhidmatan pelanggan YES 4g memang teruk


Semalam entri pasal Yes, hari ni pun pasal Yes lagi. Saya rasa nak cakap NO saja pada Yes kalau masalah ini tak selesai.  Tengoklah gambar kat atas tu....bukan kali pertama, tapi hampir setahun saya guna ID dan password yang sama, tiba-tiba tak boleh log in pula. Habis tu macam mana nak bayar bil  akan datang? Kalau pergi bayar kat dealer pun, tak berbaloi sebab masuk 5 hari dah saya tak boleh guna huddle ni.

Malam tadi saya pergi ke beberapa dealer Yes sekitar Kota Bharu untuk bertanyakan masalah ini. Mereka juga tak jumpa punca, dan minta saya menghubungi Yescare. Dah banyak kali saya contact yescare masa office hour semalam dan hari ini, tapi tiada respon. Hal inilah yang paling saya bengang...

Tak tahu nak mengadu kat mana lagi, maka saya buat entri ini.Huhu...Harap pembaca tak bosan baca luahan hati saya. Inilah risikonya kalau guna Yes...bukan senang nak mengadu kepada mereka..Aduan kita tak dilayan mereka..buat penat jer...Saya nak berhenti guna huddle yes ni pun susah juga sebab tak boleh nak bercakap terus dengan pegawai terlibat.


Macam tipu jer....5 hari saya contact...takde apa-apa respon pun!


Kepada anda yang baru nak cuba Yes...fikir-fikirkanlah...Liputan 4G nya bagus tapi perkhidmatan pelanggannya setakat ini teruk!

3 comments:

  1. Inilah yang dikatakan perkhidmatan menipu kan KM7..

    ReplyDelete
  2. Salam singgah, bagi saya perkhidmatan yes yang terbaik setakat ni. Kalau nak harapkan perkhidmatan tm mimpi jelah, kawasan saya ni ramai pencuri kabel jadi yang ni jelah yang terbaik.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.