expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, November 2, 2014

Esok dah SPM!


Cepat masa berlalu, esok 3 November 2014 bermulalah peperiksaan SPM 2014. Segala penat lelah, suka duka menimba ilmu akan diterjemahkan dalam dewan peperiksaan dengan satu tekad untuk menggapai kecemerlangan. Saya percaya bukan saja pelajar, malah ibu bapa dan guru juga ingin melihat kejayaan anak-anak pelajar setelah berhempas pulas pagi, petang dan malam dengan pelbagai kelas dan program kecemerlangan.



Secara peribadi saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM, khususnya bagi subjek Bahasa Melayu esok....untuk kelas 5 IR dan 5 IK. Jawablah dengan tenang sehabis baik. Jangan lupa setiap pesanan saya dalam kelas sejak tingkatan 4 lagi. Matlamat kita A+.... semoga menjadi kenyataan.
 

Ingatlah kejayaan tidak akan datang dengan mudah. Anda semua telah berusaha dan masanya telah tiba. Fokus kepada kehendak soalan. Percayalah kepada diri sendiri untuk memberi jawapan terbaik. Cikgu doakan semoga semua mendapat kejayaan cemerlang. Kenangan bersama semasa dalam kelas, kelas bimbingan, kem kecemerlangan dan segala program kecemerlangan SPM sentiasa dalam ingatan.

Sebagai guru, pelajar akan silih berganti setiap tahun. Tapi sebagai pelajar, satu-satu guru subjek itulah guru mereka bagi tahun berkenaan. Justeru, kecemerlangan anda adalah hadiah bermakna bagi setiap guru. Selamat menduduki SPM anak-anak didikku.

1 comment:

  1. Selamat berjuang buat para pelajar SPM kita. Semoga berjaya..:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.