Saturday, October 18, 2014

RM 386 nyaris terbakar!


Handbag siapalah yang buruk tu.hehe..Begitulah barang ni kalau dah lama, mesti tak berkenan dan nampak buruk. Handbag puan isteri saya tu memang dah lama tak dipakai dan ada dalam bilik kat rumah mak saya...dekat 4 tahun dah! Kononnya tadi nak berkemas bilik kat sana, handbag tu termasuk dalam senarai barang yang akan dibakar bersama kain dan kertas-kertas lama.



Buku-buku dan kertas dah masuk api.Handbang tu terbiar jer  kat tanah selepas saya tengok sepintas lalu ada telur cicak pula kat dalamnya. Entah bagaimana tergerak hati adik saya untuk tengok sekali lagi handbag tu..Nah....ada duit...bukan sikit....berpuluh-puluh ribu.....................rupiah!


Baru ingat, duit ni dulu adalah baki semasa kami melawat Medan, Indonesia. Kiralah sendiri berapa puluh ribu tu...Agaknya kalau tukar ker RM berapalah sekarang. Ini yang lebih mengejutkan, dalam satu lagi tempat dalam handbag tu ada duit Ringgit Malaysia...Bukan sedikit juga....RM 386.00. Huhu... Kalaulah beg tangan tu dah dibakar tadi maka hangus begitu sajalah duit tersebut.


Puan isteri saya sendiri tak ingat duit-duit tu masih dalam handbag tersebut. Maklumlah, dah bertukar 2 atau 3 handbag dah selepas handbag tersebut tidak digunakan lagi dan ditinggalkan di rumah mak saya.


Pengajarannya di sini, kalau nak tukar handbag, check betul-betul semua tempat dalam handbag lama tu sama ada masih ada duit atau tidak. Satu lagi, kalau nak buang atau bakar handbag lama....kena check betul-betul kot-kot masih terdapat duit atau dokumen penting kat dalamnya. Alhamdulillah kerana masih ada rezeki kami dengan duit tersebut.

4 comments:

zamizi jusoh said...

Alhamdulillah ......Nasib baik...

Azlina bt. Azis said...

makaaaiiii kalau jumpa rm3 pon dah lompat2.

Mona Lea said...

Nasib baik check dulu...

sukiman said...

nasib baik tak terbakar...