expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 23, 2014

Buah Pisang Kaki


Oh..... ini rupanya buah pisang kaki. Sebelum ni saya tak tahupun pasal buah pisang kaki. Masa pergi pasar tani tadi ternampak buah berwarna jingga kekuningan atau kemerahan ini. Ingatkan buah kecupu (kenal ker kecupu?)hehe..Buah pisang kaki ni dijual dengan harga RM 8 sekilo. Dalam kepala saya tertanya-tanya kenapa nama pisang ni pisang kaki. Dahlah bentuknya tak serupa dengan pisang-pisang lain yang pernah dilihat. Nak kata berbentuk kaki pun tak juga..



Saya beli setengah kilo. 4 biji pisang kaki tu berharga RM4. Balik ke rumah terus cari maklumat pasal pisang kaki ni kat pakcik google. Oh rupanya kaki tu dalam bahasa Jepun. Maksudnya saya tak tahu la pula..hehe.


Pisang kaki ini dikatakan mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin. Sesuai untuk menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan pengaliran darah dalam pembuluh darah koronari. Kiranya banyak jugalah khasiat apabila kita makan buah pisang kaki ni. 


Maklumat berikut yang saya copy daripada wikipedia....

Spesies terpilih[sunting | sunting sumber]

  • Pisang Kaki Hitam (Diospyros digyna): berasal dari Mexico. Buahnya berkulit hijau, berisi putih tetapi bertukar hitam apabila masak.
  • Mabolo (Diospyros discolor): berasal dari Filipina dan China. Buahnya berwarna merah apabila masak.
  • Pisang Kaki Jepun (Diospyros kaki): berasal dari China; penanamannya tersebar ke seluruh dunia dan terbahagi kepada pelbagaibaka, cth: 'Hachiya' di Jepun; 'Sharon Fruit' di Israel yang cepat dimasakkan melalui kimia.[4]
  • Khormaloo (Diospyros lotus): berasal dari Asia Barat Daya dan Eropah Tenggara. Nama "Khormaloo" dalam bahasa Parsi ialah gabungan perkataan untuk "kurma" dan "plum".
  • Pisang Kaki Amerika (Diospyros virginiana): berasal dari Amerika Syarikat. Lebih kaya dengan khasiat seperti vitamin C dan kalsiumberbanding Pisang Kaki Jepun.[5][6]




Boleh cuba beli dan makan.....rasanya boleh tahan jugalah..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.