expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 30, 2015

Bilik bacaan masih bersepah


Masih bersepah...entah bilalah nak datang mood untuk mengemas ni. Sudah lebih sebulan banjir melanda, tak habis-habis lagi aktiviti membersih dan mengemas rumah ni. Bukan apa....malas nak mula semula setelah sibuk dengan urusan kerja. Lagipun penatlah....Gambar kat atas tu keadaan di bilik bacaan saya. Hilang semangat nak menyusun kembali buku-buku yang tinggal...Rak asal dah dibuang kerana rosak. Buku-buku pun tak banyak yang tinggal...huhu...

Sedih sangat apabila mengenangkan banyak koleksi majalah saya dah rosak. Begitu juga koleksi surat-surat dan kad hari raya yang dah lama disimpan turut musnah. Beberapa album gambar kenangan juga tak dapat diselamatkan lagi. Nak print semula dah tak boleh sebab gambar dulu-dulu tu guna filem...filemnya dah hilang entah ke mana. Koleksi CD dan pita kaset juga turut terkorban.

Saya tak ambil pun gambar bahan koleksi yang dah rosak tu sebelum dibakar atau dibuang. Biarlah semuanya menjadi kenangan. Segala yang berlaku itu ada hikmahnya. Biarpun sedih mengenangkan semua itu, terima sajalah ketentuanNya. Tiada yang kekal di dunia ini. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.