expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, February 25, 2015

Bertugas pula minggu ni



Minggu ni saya jadi guru bertugas....maka kena datang awal kat sekolah. Huhu... terkejar-kejar bawa kereta untuk pastikan sampai sebelum 7.15 pagi. Perhimpunan pagi setiap hari bermula seawal 7.20 pagi para pelajar sudah berada di tapak perhimpunan. Dimulakan dengan bacaan al Quran, persembahan pelajar untuk program bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Seterusnya penyampaian amanat oleh pentadbir dan pengumuman rasmi sekolah.


Jadi guru bertugas juga kena melihat kebersihan dan keceriaan sekolah. Penting juga menjaga kebajikan pelajar, terutama kalau ada kes-kes pelajar sakit maka menjadi sebahagian tugas saya membawa mereka ke klinik berhampiran. Minggu ni anak sendiri demam pun saya tak sempat bawa ke klinik, tapi pelajar sekolah yang sakit sempat pula dibawa ke klinik.huhu...


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.