expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, February 24, 2015

Setelah 13 tahun


Detik yang menggembirakan apabila dapat bertemu semula dengan kawan baik yang dah lama terpisah. Setelah sekian lama tidak berjumpa kerana faktor jarak, masa dan pelbagai komitmen lain, maka pertemuan semula ini adalah sesuatu yang sangat dinantikan. Inilah situasi yang dirasai oleh puan isteri saya apabila berpeluang bertemu dengan kawan baiknya semasa sama-sama menuntut di UKM dulu. Sudah 13 tahun mereka tak jumpa, akhirnya kedatangan kawan lama dari Johor ini bersama-sama dengan suami dan anak-anak mereka, mengembalikan semula nostalgia lama.



Biarpun masing-masing sudah berkeluarga, itu tidak menghalang untuk terus berhubung antara satu sama lain. Bagi pihak isteri, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka kerana sudi mengunjungi kami biarpun jarak yang jauh dan keterbatasan waktu. Maaf kerana kondisi rumah kami yang belum kemas sepenuhnya setelah dilanda banjir besar baru-baru ini.



Baru jer jumpa, anak-anak ini sudah dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Mungkin suatu hari nanti mereka akan berjumpa lagi, pada usia yang berbeza. Foto ini menjadi bukti yang mereka pernah bersua muka biarpun dalam sesingkat waktu. Semoga kita berjumpa lagi.

1 comment:

  1. Pasti indah bila mengimbas kembali kenangan semasa zaman persekolahan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.