Sunday, March 15, 2015

Cubaan curi kereta di rumah


Ramai betul orang jahat sekarang ni. Harta benda, bahkan nyawa sendiri pun tak berapa nak selamat kalau tak berhati-hati. Cubaan mencuri kereta adik saya ni berlaku jam 4.30 pagi tadi. Kejadian berlaku di rumahnya sendiri di Bachok, Kelantan dan disedari apabila mendengar bunyi yang mencurigakan di luar rumah.



Kereta tu berjaya dihidupkan. Penjenayah bersenjatakan pedang, bergelut beberapa minit sebelum dipukul dengan kayu. Bagaimanapun, 2 orang penjenayah yang menggunakan kereta Wira berwarna hijau itu berjaya melarikan diri. Alhamdulillah kereta adik saya tak sempat dicuri.



Kes masih dalam siasatan pihak polis. Semoga penjenayah berkenaan akan dapat dikesan dan menerima balasan yang setimpal. Kepada semua, berhati-hatilah walau di mana sahaja anda berada kerana penjenayah ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dikehendaki.



1 comment:

shameel Iskandar said...

Salam kunjungan sahabat.
Boleh tahu tak Bachok kt area mana tu. Sebab saya org Bachok.