expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, April 4, 2015

Jubli Emas SMK Kubang Kerian


Teruja betul saya tengok iklan kat atas ni. Apa tidaknya...Sekolah ini adalah tempat saya menuntut ilmu suatu masa dahulu. Bukan sekejap tapi 7 tahun kat sana! Dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 6 Atas. Wah...terlalu banyak nostalgia sepanjang bergelar seorang pelajar di sekolah tersebut. Tahniah kepada SMK Kubang Kerian (sekarang dikenali dengan SMK Kubang Kerian 1) atas sambutan Jubli Emas yang akan diadakan pada 28 & 29 April 2015. Kepada bekas pelajar sekolah ni...jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menghadiri sambutan Jubli Emas nanti.



Keratan akhbar berkaitan sambutan Jubli Emas SMK Kubang Kerian. PIBG SMKKK turut mengadakan kutipan dana untuk membina tapak perhimpunan  sekolah yang dianggarkan bernilai RM100,000. Jom apa lagi...alumni sekolah juga boleh menyumbang. Ramai yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing sekarang hasil didikan di sekolah tersebut. 



Contoh kad jemputan Malam Nostalgia....Majlis makan malam sempena sambutan Jubli Emas. Saya terima kad ini melalui whatsapp daripada seorang rakan yang dah booking untuk ke sana nanti. Rakan-rakan yang berminat, boleh hubungi pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekali lagi Tahniah buat SMK Kubang Kerian  atas sambutan Jubli Emas. Terima kasih kerana pernah menjadi destinasi saya menuntut ilmu. Segala memori tetap terpahat di sanubari, mana mungkin dapat saya lupakan...Jumpa di sana nanti!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.