expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, April 2, 2015

Rakaman foto Kelab Fotografi


Sesekali bawa pelajar keluar dari kawasan sekolah melihat keindahan alam, ada baiknya juga kan! Kelab Fotografi SMKAM telah membuat rakaman foto di suatu kawasan yang letaknya tidak jauh dari sekolah. Selain dapat mengeratkan hubungan sesama ahli kelab, aktiviti ini juga dapat merehatkan minda dengan melihat keindahan alam. Paling penting, memberi peluang kepada ahli kelab untuk merakam seberapa banyak gambar mengikut kreativiti masing-masing dengan tema alam semulajadi. Sekadar berkongsi beberapa keping foto....



Pelajar sedang mencari sudut menarik untuk merakam gambar



Biarkan gambar yang berbicara...



Siri rakaman foto seterusnya akan diadakan lagi nanti di lokasi lain pula.
Semoga bermanfaat buat semua ahli kelab. Tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.


4 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.