Friday, April 3, 2015

Tembikai yang sedap dan cantik


Sekarang musim tembikai...nampak banyak jer dijual di tepi-tepi jalan. Harga pun murah, sekitar RM 1 sekilo..Tak kena GST ker?hehe... Musim panas ni memang sedap makan tembikai. Entri kali ni saya nak tunjukkan gubahan buah tembikai.Cewah...dah puas makan, buat gubahan pula yer. Hanya orang-orang yang kreatif, sabar dan tekun jer boleh menyiapkan gubahan ini. Kalau anda dan saya yang tak kreatif ni...boleh tengok jer la..Kalau cuba kan...jadi benda lain pula.



Nampak comel kan. Sayang pula nak makan. Biasa gubahan tembikai ni dibuat untuk majlis kenduri-kendara. Tak berapa logik kalau nak buat hiasan jangka panjang.haha...sebab buah ni tak tahan lama.



Saya suka yang ni, tembikai kuning. Mesti rasa manis tu kalau dimakan.



Kalau dah kreatif macam-macam bentuk gubahan boleh dibuat. Kebanyakannya bentuk bunga. Apa kata kalau dibuat bentuk gubahan lain...kereta ker..teddy bear ker...atau apa-apa sajalah.Hmmm cubalah buat sendiri yer..Selamat mencuba!


2 comments:

Firdaus Woi said...

Tembikai kt mne tu cg?

JR said...

Cantik..hasil kreativiti yg tinggi...