expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 29, 2015

Amin dari Perancis


Selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam...Gambar kat atas ni dirakam bersama bekas pelajar saya, Amin yang sedang menuntut di Perancis. Sekarang tengah bercuti di Malaysia. Seronok dengar pengalaman pelajar yang menuntut di luar negara  ni. Banyak pengalaman berada di perantauan.



Amin dan rakan-rakan SPM batch 2012 datang ke sekolah bertemu guru-guru lama mereka. Masing-masing melanjutkan pelajaran  di universiti luar dan dalam negara dalam pelbagai jurusan. Kesempatan musim cuti ini mereka datang melawat sekolah yang telah banyak berjasa. Terima kasih atas kunjungan ke SMKAM yang menjadi salah satu agenda musim cuti anda. Selamat maju jaya. Jumpa lagi.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.