expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 14, 2015

Kad raya pertama tahun ni


Tak lama dah nak raya....Tahun ni, inilah kad raya yang pertama saya terima huhu...Terima kasih kepada pelajar tingkatan 5 IH atas ingatan anda kepada saya. Comel jer kad raya buatan sendiri ni. Kreatif juga pelajar ni buat kad raya. Hmmm...saya akan simpan kad raya ni baik-baik...




Zaman sekarang ni tak ramai yang mengirimkan kad raya. Di pasaran pun jarang kelihatan jualan kad raya, tak semeriah era tahun 80 an 90 an dulu. Saya ada buat koleksi kad raya sebelum ni...Zaman persekolahan dulu saya banyak juga terima kad raya. Tapi sayangnya...semua koleksi tersebut telah rosak terkena banjir besar baru-baru ini.



Jadi kalau dapat kad raya sekarang ni...kira sukalah juga yer. Walaupun banyak kiriman melalui e-kad, tapi tidak sehebat kad raya yang sebenar..apatah lagi kalau dibuat sendiri, lagilah tinggi nilai sentimentalnya. Hehe... Ok...sekali lagi terima kasih kepada pelajar 5 IH. Selamat hari raya semua!


2 comments:

  1. cantik sangat! kreatif mereka kan...lain sikit perasaan bila dapat kad raya kan :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.