expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 9, 2015

Menanam Tebu di bibir Mulut

Nur Fadhilah 4 IK

Selamat berpuasa. Tinggal beberapa hari lagi kita nak sambut hari raya. Bagi calon SPM, raya tu raya juga tapi jangan lupa Peperiksaan Percubaan SPM tak lama lagi tu. Jom tengok peribahasa yang disediakan oleh pelajar saya. peribahasa pertama, Ada batang adalah cendawan tumbuh. Peribahasa ini membawa maksud tidak kira di mana kita tinggal, di situ ada rezeki. Yer lah kan....rezeki ada di mana-mana. Yang penting berusaha. 


Nur Fatin 5 IH

Bulan puasa ni ramai yang suka minum air tebu semasa berbuka. Peribahasa yang ada kaitan dengan tebu... Menanam tebu di bibir Mulut. Bermaksud seseorang yang berbicara dengan manis tetapi untuk berpura-pura sahaja. Bahaya kalau berurusan dengan orang sebegini! Awaslah kalau berbicara dengan orang yang bermulut manis sangat ni...hehe..


Shahir 5 IS


Bagai kumbang putus tali pula bermaksud pergerakan yang amat cepat atau pantas. Peribahasa ini sangat bagus kalau dapat diamalkan dalam setiap kerja yang dilakukan. Tapi jangan akibat terlalu pantas,berlaku banyak kesilapan pula.


N Aida Suraya 5 IH

Peribahasa terakhir kali ini, Simpul mati. Maksud simpul mati ialah ikatan yang susah diuraikan. Tak kiralah dalam apa saja perhubungan. Kekeluargaan, persahabatan mahupun perkahwinan. Bagus juga diamalkan dalam perhubungan sehari-hari. Tapi....pastikan hubungan yang sah! Sekian dulu untuk kali ini, semoga bermanfaat. Selamat berpuasa.

2 comments:

  1. Selamat menyambut hari raya untuk KM sekeluarga,
    Maaf Zahir batin...

    ReplyDelete
  2. kreatifnya anak2 murid abe lie!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.