expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 2, 2015

Bunga raya kuning dah berkembang!



Melihat kelopak bunga berkembang memberikan satu ketenangan seolah-olah terapi minda. Apatah lagi kalau bunga-bunga yang berkembang itu terdapat di halaman sendiri, ditanam sendiri. Bunga raya kuning dalam foto di atas baru saja berkembang biarpun pokoknya masih kecil dan renek. 





Sungguh cantik ciptaan Tuhan. 
Bunga yang kuncup sebelah pagi beransur-ansur berkembang 
sehinggalah gugur ke bumi sebelah petangnya.
Biarpun belum puas  melihat kecantikannya, kita pasrah kepada lumrah alam.
Esok....kuntuman yang lain pula berkembang menghiasi taman.





Pokok bunga raya kuning ini adalah koleksi ketiga kami selepas pokok bunga raya merah dan putih. Koleksi keempat....baru saja ditanam, bunga raya purple. Sekarang baru menampakkan putik bunga, apabila berkembang nanti saya akan kongsikan juga di sini. Masalah penanaman pokok bunga raya ini ialah daunnya sering dimakan ulat atau belalang. Kalau anda ada idea tentang pokok bunga raya bolehlah berkongsi di sini. Hmmm tak sabar nak tengok bunga raya purple pula berkembang!


2 comments:

  1. Jarang dah jumpa bunga raya kuning sekarang. Bunga raya purple? Rasanya belum pernah tengok live. Kalau pink tuu ada aa... Banyak tanam kat tepi jalan kat pekan sana. Hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.