expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 20, 2015

Anak dapat Hadiah, bapa belanja KFC


Berakhirnya sesi persekolahan bagi setiap tahun, banyak sekolah rendah mengadakan majlis penyampaian hadiah. Tahun ni juga saya berpeluang menghadiri Hari Ucapan dan Anugerah Cemerlang di SK Wakaf Stan. Alhamdulillah, Imdad menerima hadiah bagi pencapaian tempat pertama bagi keseluruhan kelas tahun 4, manakala Ardini mendapat hadiah terbaik bagi mata pelajaran sains bagi keseluruhan kelas tahun 1.



Setiap kali mendapat keputusan peperiksaan, maka banyaklah permintaan anak-anak. Salah satunya makan kat KFC. Huhu.. Takpelah, bukan jauh pun KFC tu dari rumah kami. Lepas ni saya dah tahu dah apa lagi permintaan budak-budak ni! Ikutkan saja..sebagai dorongan dan motivasi supaya berjaya dalam peperiksaan tahun depan pula.



Bersungguhnya makan! aksi je lebih, makan tak seberapa.



Ini yang sebenarnya...bukan nak makan sangat, tapi nak bermain kat situ.
Mainlah puas-puas. Imdad tahun depan dah tak boleh main kat situ, sebab tempat main ni untuk kanak-kanak 10 tahun ke bawah saja.Hehe..


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.