expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 20, 2015

Nasi ayam dan Hot Wheels Car TESCO


Nasi ayam..nasi ayam... Hari ni kita makan nasi ayam kat TESCO Kota Bharu. Apa istimewa sangat nasi ayam ni? Istimewanya kena beratur dulu sebab setiap kali saya nak beli, mesti ramai orang..hehe.. Rasanya boleh tahan juga lah..cuma saya suka makan Lemon Chicken Rice. Harga sepinggan RM 5.30, Kalau tengah lapar tak digalakkan makan nasi ayam ni..sebab macam tak cukup jer sepinggan.



Anak-anak makan roasted chicken rice. Air mesti bandung dan
jagung dengan aiskrim.



Tujuan utama ke TESCO bukan nak makan nasi ayam ni. Tu haa... Hot Wheels Car menjadi agenda utama. Seperti yang dimaklumkan dalam entri sebelum ni, inilah hadiah seterusnya yang diminta oleh Imdad sempena dapat nombor 1 dalam kelas dalam peperiksaan akhir tahun. Kereta tu jer pun yang dia minat buat koleksi.



Satu set 3 buah kereta tu berharga RM 22.80. Yang sebelah kiri tu pilihan Imdad. Adiknya Sadiq pun nak kereta juga. Kena beli jugalah jawabnya. Mesti beli yang sama, kalau tidak...faham-faham je lah budak-budak ni.  Dah dapat kereta-kereta tu baru puas hati...nak balik terus!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.