expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 27, 2015

Bilik menunggu di pusat servis PERODUA


Musim cuti sekolah bermula lagi. Tentu banyak rancangan nak ke mana-mana. Opss! sebelum memulakan perjalanan elok periksa kenderaan dulu yer. Yang belum servis kereta tu eloklah ke mana-mana pusat servis kenderaan berdekatan. Saya baru jer ke pusat servis Perodua di Chicha, Jalan Pasir Putih, Kelantan. Apa yang saya nak tonjolkan di sini ialah ruang menunggunya yang cantik kemas, bersih dan selesa.



Sememangnya ramai yang memilih untuk menunggu kereta siap diservis. Jadi bilik menunggu yang selesa sangat diperlukan oleh pelanggan. Bilik menunggu di pusat servis Perodua, Chicha, Kubang Kerian ini patut dipuji. Selain menyediakan kemudahan Wi Fi Zone percuma, turut disediakan komputer untuk pelanggan. Buku-buku, majalah, dan akhbar harian juga tidak ketinggalan. Sudut untuk anak-anak kecil juga ada. Pelanggan seolah-olah berada di ruang tamu rumah sendiri.



Bilik menunggu ini juga ada pendingin hawa, televisyen, cofee corner, bilik solat dan tandas. Pendek kata lengkap sebagai bilik menunggu. Semua ruang di pusat servis ini turut dilengkapi CCTV. Jadi pelanggan dinasihatkan jangan berkelakuan tidak senonoh! Hehe...



Kalau macam ni kemudahan yang disediakan, menunggu hampir 2 jam pun tak ada masalah kan! Cuma kadangkala ada pelanggan yang membawa anak-anak kecil tu, mungkin ada yang rasa sedikit terganggu dengan budak-budak bermain. Apapun tahniah kepada pusat servis ini kerana menyediakan bilik menunggu yang selesa. Layanan staf kat sini pun bagus, mesra pelanggan.


3 comments:

  1. Bagus la camni.. takde la bosan menunggu.

    ReplyDelete
  2. lepas ni saya pon nak servis kereta ar... terbaek...

    ReplyDelete
  3. pergh bilik menunggu dia, mmg selesa la cenggini,,haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.