expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, November 26, 2015

Labah-labah Membuat Sarang


Masa budak-budak dulu kalau jumpa sarang labah-labah mesti ada idea nak buat perangkap pepatung. Eh macamana tu? Ambil batang pokok ubi kayu yang panjang. Kat hujungnya letakkan lidi yang dibengkokkan berbentuk bulat. Maka pergilah ke sarang labah-labah untuk balut sarangnya pada lidi tadi. Lagi besar sarang labah-labah, lagi teballah balutan perangkap kita tu. Siap sudah perangkap pepatung. Bolehlah tangkap pepatung dari jarak jauh, sepanjang mana batang pokok ubi kayu tu. Huhu...

Eh tak takut ker pada labah-labah yang besar tu? Entahlah...tak takut kot. Budak-budak lah katakan.. Tapi budak-budak sekarang ni tengok labah-labah kecil dalam rumah pun takut. Usahkan labah-labah besar dan hitam  yang buat sarang kat hutan tu.

Masa jadi budak-budak tak terfikir pun kesian kat labah-labah yang bersusah-payah menyiapkan sarangnya. Hari ni kita rosakkan sarangnya, esok dibuat lagi! Begitu tekun dan berusahanya si labah-labah tu menyiapkan sarangnya. Apabila dah dewasa baru kita terfikir apa yang tersirat di sebalik kejadian tu. Usaha yang berterusan pasti membawa kejayaan. 



Mungkin suatu hari nanti kejayaan yang dicapai itu menemui masalah, cabaran atau kegagalan semula. Di sinilah pentingnya kita bangkit semula untuk memperbaikinya. Jangan jadikan kegagalan itu sebagai pengakhiran sebuah kehidupan. 

Ambil iktibar daripada labah-labah membuat sarang. Biarpun sarangnya dirosakkan, ia terus berusaha menyiapkannya semula tanpa meminta bantuan sesiapa! Ingatlah...orang yang rajin berusaha pasti akan berjaya. Kesbaran perlu ada kerana kejayaan itu bukannya hadir dalam sekelip mata.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.