Wednesday, November 25, 2015

Baru nak guna Penapis Air Coway


Coway... orang lain dah lama pakai, kami baru jer guna. Sebelum ni kami pernah guna penapis air Swiss Pro dan  Bio Aura. Kiranya ini brand ketiga lah! Nama Coway memang sudah popular di negara kita, Design penapis air terbaru ni nampak cantik jer..Warnanya pun kena dengan citarasa kami. Hehe 



Lokasi penapis air kat dapur ni pun macam kena jer. Matching pula dengan dinding tu. Nak bagi cantik lagi lepas ni kita beli bunga-bunga sikit letak kat atas atau sebelahnya. Hmmm sejak bila pula ada mood nak menghias ni! 



Oh ya..pasal penapis air Coway ni, bagus dan mesra pengguna. Ada 4 pilihan air... panas, suam, sejuk dan biasa. Kan senang...boleh pilih mengikut kehendak sendiri. Tak payah susah-susah nak panaskan air atau sejukkan air. Semua tersedia dalam satu masa dan satu tempat.



Ada beberapa cara pembayaran. Macam kat atas tu. Boleh pilih mengikut kemampuan masing-masing. Kami pilih yang sewa beli jer..Mungkin harganya nampak mahal berbanding bayar penuh. Tapi kalau dicampur tolak, kita kena tengok servis yang diberikan tu. Dapat 5 tahun servis percuma! Pihak Coway akan datang buat servis dan tukar barang mengikut jadual. Kita tak payah susah-susah nak fikir atau ingat tarikh.

Bagi yang belum guna penapis air Coway ni, kalau anda berminat, pergi jer mana-mana pusat jualan Coway berdekatan. Anda akan dilayan dengan baik..hehe..Maklumat yang lebih lengkap, sila layari website Coway!


2 comments:

Abam Kie said...

bab servis penapis air ni yg malas tul...ari tu ada gak org dtg kempen di sek tp duit x cukup lagi jd abam kie KIV je..

Normi Nieza said...

wah..blh tahan jgk harga dia..:)