Tuesday, November 24, 2015

Rhinomec: Mesin Rumput Baharu!


Sekali tengok dah jatuh cinta! Itulah yang dikatakan jodoh. Alahai jatuh cinta dengan siapa pula ni? Tu kat atas... jatuh cinta dengan mesin rumput Rhinomec kuning yang cantik. Dah puas pakai mesin rumput galas, kita pakai yang jenis tolak pula. Kerja memotong rumput menjadi lebih mudah, pantas dan menyeronokkan dengan menggunakan mesin Rhinomec ini. Cewah..ada macam iklan berbayar tak? Hehe..



Sebelum mesin rumput baharu ni digunakan, kita posing dulu yer. 



Mengikut kata pekedai tu, mesin ni diimport terus dari USA. Jauh tu...
Kenapalah orang kita tak cipta mesin rumput. Kan murah sikit
kalau dibeli made in Malaysia. Booking saja dalam seminggu baru sampai dari KL.
Oh ya...pasal harga, mesin rumput ni berharga RM 1200 (GST RM 68!)



Nampak cantik kan.Hehe..Barang baru mestilah cantik kan!
Dah lama nanti...huhu...



Alamak...masuk gambar juga. Tu lah orangnya yang ditugaskan memotong rumput kat rumah ni. Kenal ker? Nampak rumput kat belakang tu? Punyalah panjang...sebab nak mesin tak boleh, beberapa hari lepas hujan jer sebelah petang. Hmmm kena tebas dulu sikit rumput tu baru boleh mesin guna mesin baru!



Tadaa.... depan rumah rumput tak panjang sangat. Mudahlah kerja-kerja memotong rumput tu nanti. Guna mesin ni mudah jer. Puan isteri dan anak-anak pun boleh tolak. Ringan jer. dah ada mesin baharu, mesin rumput lama (KLIK SINI) tidak dilupakan. Dah banyak berjasa kepada kami. Huhu..OKlah...saya nak pergi buat kerja memotong tumput pula ni!


2 comments:

muhammad nasirudin said...

Assalam..tuan macam mana nak order mesin rumput tu dan kedai mana boleh oder?

muhammad nasirudin said...

Assalam...tuan macam mana nak order mesin rumput ni..saya berminat