expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 13, 2015

Kertok



Masa kecil-kecil dulu, saya kenal kertok hanya dipalu di madrasah kat kampung setiap kali masuk waktu solat. Nak palu kertok pun ada cara dan rentaknya supaya menghasilkan bunyi yang sedap didengar. Zaman sekarang rasanya kertok sudah tidak ada lagi di madrasah. Generasi whatsapp sekarang mana ada kenal dengan kertok ni!




Kertok diperbuat daripada buah kelapa yang besar dan cukup tua. Bahagian atasnya dipotong bagi membuang isinya. Di atas lubang tu diletakkan papan atau dikenali dengan belira. Bahagian inilah yang dipalu untuk mengeluarkan bunyi. Kalau diperhatikan dalam gambar, ada kayu panjang yang dipancang pada belira tadi. Tujuannya supaya belira tidak jatuh atau kekal kedudukannya semasa kertok dipalu.




Terdapat juga aktiviti atau pertandingan memalu kertok. Biasanya dalam satu kumpulan yang terdiri daripada 8 hingga 10 buah kertok, mereka akan memalu kertok dengan rentak dan irama tertentu. Ukiran, hiasan, keseragaman dan keindahan bunyi menjadi kriteria penting untuk memenangi pertandingan.

Sekarang kertok hanya dimainkan untuk pertunjukkan kebudayaan, juga majlis-majlis tertentu sahaja. Semoga ada usaha pihak tertentu untuk mengekalkan budaya warisan masyarakat Kelantan ini.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.