Sunday, November 29, 2015

Laut Bergelora di pantai Irama Bachok


Secara langsung saya bawakan anda ke pantai Irama, Bachok, Kelantan. Musim tengkujuh sudah bermula. Tengok tu laut bergelora dengan ombak agak besar. Awan kelabu melitupi langit.. dengan hujan yang kadangkala lebat juga, disertai angin yang sedikit kuat. Huhu.. macam tak berapa puitis nak cipta sajak di musim tengkujuh ni!



Kalau di bulan-bulan lain, ramai jer yang turun mandi di laut. Sekarang jangan ada yang berani main air laut yer...bahaya! Sekadar berada di pinggiran pantai mahupun di gigi air saja. Ombak yang datang membadai pantai tu nampak ganas..



Nampak papan tanda amaran tu? Laut bergelora bermula November hingga Mac. Jadi semua dilarang mandi dan bermain di tepian pantai. Kalau tak boleh main pantai, jom kita makan. Pengunjung masih boleh menikmati makanan di gerai-gerai yang masih dibuka. Mungkin jumlah gerai tak sebanyak seperti bulan-bulan lain, tapi bolehlah...Sambil makan, boleh tengok laut bergelora. Jangan ada hati yang bergelora pula musim tengkujuh ni yer!



1 comment:

namy yul said...

air ini mcm api juga, bila tenang jadi kawan, bila gelora jadi bimbang..