expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 8, 2015

Kerjaya sebagai Optometris


Baru sahaja menerima ijazah dalam bidang Optometri, anak muda ini sudah pun dilamar bekerja dengan Rosmadi Optometrist, syarikat optometrist terkenal di Kelantan. Nur Atiqah bt Shamsudin, yang berasal dari Melor, Kelantan ini menerima ijazah Bachelor in Optometry (Hons) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.



Bekas pelajar cemerlang SMKA Melor ini mendapat 9A dalam SPM 2008. Sebelum mengambil bidang optometri ini, Atiqah terlebih dahulu mengikuti kursus foundation dalam bidang Sains Kesihatan Bersekutu. Untuk terpilih dalam bidang ini, seseorang itu mestilah mendapat keputusan yang cemerlang bagi subjek Matematik dan Fizik.



Sekarang anak ketiga daripada 5 beradik ini boleh bernafas lega kerana usahanya selama ini telah membuahkan hasil. Selain kepuasan kepada diri sendiri, juga telah membanggakan kedua ibu bapa yang telah banyak memberi sokongan selama dia bergelar mahasiswa.



Tahniah buat Atiqah dan keluarga.
Motto hidup Atiqah: Bring the best out of yourself
& leave the rest to Him



Selamat menempuhi alam kerjaya.
Praktikkan segala ilmu yang dipelajari selama ini sebaik mungkin.
Semoga suatu hari nanti Atiqah berjaya memiliki kedai optometri sendiri.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.