expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 3, 2015

Lelaki pun boleh jadi cikgu ERT


Cikgu ERT selalunya didominasi oleh wanita. Sekarang  tidak lagi, dengan batch pertama graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga daripada kalangan lelaki. Tahniah Mohamad Afif Izzat bin Mohd Razali, salah seorang daripada 10 mahasiswa lelaki batch pertama yang berjaya mengikuti pengajian dalam bidang ini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Setelah 4 tahun menghabiskan waktu menimba ilmu di UPSI, akhirnya segulung ijazah menjadi anugerah paling berharga pada Istiadat Konvokesyen ke 17 UPSI baru-baru ini.



Gambar bersama model pakaian dan baju jahitan sendiri sempena Fashion Show di UPSI. Segalanya bukan mustahil untuk dilakukan. Biarpun terpaksa berhadapan dengan subjek Pakaian, Jahitan dan Pengurusan diri yang mana rata-rata subjek untuk kaum hawa, tapi Afif dan rakan-rakan lelaki berjaya menghadapinya. Jadi kat sekolah selepas ini beruntunglah pelajar yang mendapat guru ERT lelaki. Satu kelainan daripada kebiasaan!



"Never regret anything because at one time it was exactly what you wanted" Itulah prinsip hidup bekas pelajar kelas Perakaunan SMKA Melor, SPM batch 2008 ini. Semasa bergelar seorang pelajar, Afif sentiasa berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh untuk membuktikan kepada keluarga dan masyarakat bahawa dia juga mampu berjaya dalam kehidupan.



Kejayaan anak kedua daripada 6 beradik ini menjadi inspirasi buat adik-adiknya untuk berjaya dalam pelajaran. Sekali lagi tahniah buat Afif dan keluarga atas kejayaan ini. Semoga berjaya dalam temuduga untuk penempatan guru bulan Mac 2016 nanti. Jadilah guru ERT yang hebat dan dikagumi oleh rakan sekerja dan anak-anak murid.



2 comments:

  1. sekarang dh tak kira lelaki perempuan, tp ada kesungguhan kat situ ad hasil. all the best cikgu!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.