expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 7, 2015

Sambut Birthday tanpa ibu di sisi


Selamat Hari lahir Ardini, sambutan kali ke-7. Cepat masa berlalu, dah 7 tahun umur anak perempuan papa ni yer. Tahun depan sekolah dah nak masuk darjah 2...umur baru 7 tahun. Hehe.. Tu lah... lahir bulan 12. Pagi ni sambut birthday tanpa mummy. Biasalah...sibuk, ada urusan luar daerah. Nak tunda majlis ni, tak nak pula Ardini. Maklumlah...dah lama tunggu 7 haribulan 12. Masa kecil dulu, tak kisah nak sambut bila..tapi dah besar ni, dah tahu bila tarikh birthday sendiri... tak mahu tunda-tunda pula. 



Biasalah budak-budak kan.. Nasib baik papa ada kat rumah, bolehlah bawa ke kedai beli kek. Yang penting kek tu dia nak pilih sendiri. lain-lain tak penting sangat baginya. hehe... Bukannya dia makan pun kek tu...



Sambutan ala kadar jer dengan sepupu-sepupu Ardini.
Tu pun belum cukup korum. 



Tak kisah lah majlis kecil-kecilan...asalkan buat.
Nak jaga hati anak-anak ni...setiap tahun kena sambut birthday
biarpun dengan sebiji kek!







Ok,,,Selamat hari lahir Ardini, 
semoga menjadi anak yang baik. 
Dapat membanggakan ibu bapa suatu hari nanti. 


1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.