expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 24, 2015

Tiada lagi Kalendar Percuma


Beberapa hari saja lagi 2015 akan meninggalkan kita. Nak masuk tahun baru 2016 pula dah! Kalau tahun-tahun sebelum ni macam meriah jer nak sambut tahun baru. Banyak kedai mahupun pasaraya memberikan kalendar tahun baru percuma kepada pelanggan mereka. Tapi tahun ni kat tempat sayalah...tak ada pun kalendar 2016 percuma. Atau saya jer yang tak dapat kot.




Sebut pasal kalendar percuma, tahun-tahun sebelum ni kalau membeli di pasaraya dengan nilai tertentu kita akan diberikan kalendar percuma. Biasa kalau membeli RM 100 atau RM 200 ke atas dah dapat kalendar percuma.Tapi tahun ni beberapa pasaraya tempat saya shopping dengan nilai melebihi RM 200 pun  tak dapat kalendar 2016.  Pihak pasaraya tak tempah kalendar 2016 kot untuk pelanggan mereka tahun ni. 

Satu lagi..apabila membeli melebihi RM 200 pada musim perayaan selalunya kita akan diberikan paper bag perayaan tertentu. Tahun ni...tak dapat pun biarpun kita shopping sakan sebelum Krismas. Siap kena bayar untuk plastik tu adalah....

Hmmm.. adakah ini satu langkah penjimatan oleh pasaraya berkenaan? Mungkin bagi mereka, tak perlu menambahkan kos untuk perkara yang tidak menguntungkan. Tapi bagi pengguna, itu satu cara menghargai pelanggan. Tak apalah...tak nak bagi, sudah! Kita bukan nak sangat pun kalendar tu. Boleh tengok dalam handphone jer semua kalendar. 

Teringat masa kecil-kecil dulu... apabila tiba hujung tahun akan dapat banyak kalender jenis yang boleh dikoyakkan sehelai demi sehelai mengikut haribulan. Takpun...dapat kalender kuda! Haha...


2 comments:

  1. Bukan tak de, cuma kedai-kedai tertentu je.Tapi memang snagat berkurangan berbanding tahun-tahun sudah.

    ReplyDelete
  2. masih ada.. bergantung pada rezeki kot..
    sebabnya saya dapat kalender free dari stesen minyak Shell dikawasan Titi Gantung, Perak.. Sebaliknya Pasaraya TF Value Mart di Behrang 2020 tidak pula memberikan kalender percuma..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.