expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 22, 2016

Aquaria KLCC Kuala Lumpur



Berkunjung ke Kuala Lumpur tidak lengkap rasanya kalau tak singgah di Aquaria KLCC. Apatah lagi kalau bersama anak-anak dan keluarga. Tentunya anak-anak akan teruja melihat sekecil-kecil ikan hinggalah sebesar-besar Jerung di depan mata! Pengalaman melalui terowong bawah laut terpanjang di Malaysia, dengan jarak 90 meter ini tidak harus dilepaskan begitu saja. Begitu juga menyaksikan ikan-ikan Piranha dan pelbagai spesis hidupan laut yang lain. Kami sempat berkunjung ke sana baru-baru ini untuk merasai sendiri pengalaman melihat hidupan laut dari jarak dekat.





Aquaria KLCC boleh dijadikan platfom pembelajaran kepada masyarakat, terutamanya generasi muda tentang kehidupan marin. Dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 8.00 malam. Kita juga boleh mengambil gambar kat dalam ni, cuma tidak dibenarkan menggunakan 'flash' kamera supaya tidak mengganggu hidupan marin.





Pada waktu-waktu tertentu pengunjung juga berpeluang melihat penyelam-penyelam profesional memberikan makanan kepada hidupan laut ini. Akhir pertunjukan, bolehlah ber'selfie' dengan mereka. Bagi penyelam berkelayakan, kalau anda berani bolehlah bersama-sama menyelam kat sini!







Bayaran masuk mungkin nampak mahal tapi kalau dinilai dari segi ilmu dan pengalaman yang diperolehi memang berbaloi. Cuma kita perlu meluangkan masa untuk menyaksikan semua hidupan laut yang dipertontonkan. Jangan terlalu gopoh untuk menghabiskan lawatan. Kepada yang berkesempatan, bolehlah ke Aquaria KLCC. Pasti ada sesuatu yang menarik perhatian anda di sana!




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.