Friday, March 25, 2016

Pesta Orkid dan Flora 2016



Kepada peminat orkid, jangan lepaskan peluang berkunjung ke RTC Kelantan, di Kota Bharu bermula 24 Mac hingga 2 April 2016. Sedang berlangsung sekarang Pesta Orkid dan Flora 2016. Dibuka bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Masuk percuma! Teruja betul tengok macam-macam spesis orkid, daripada spesis orkid hutan hinggalah pelbagai kacukan terkini. Orang yang minat jer tahu pasal ni. Saya minat ambil gambar jer, tanam orkid tak berapa rajin!







Selain jualan orkid, pengunjung juga boleh membeli pelbagai pokok tanaman dengan harga yang berpatutan. Baja, aksesori taman dan perkara berkaitan tanaman juga ada dijual. Pendek kata macam-macam ada..lah. Bawa duit jer, pasti jadi. Saya tak beli pokok kali ni pasal cuaca panas, malas nak menanam. Pokok-pokok kat rumah yang sedia ada pun jarang bersiram!













Kepada yang berminat dan berkesempatan bolehlah ke sana yer.


2 comments:

whitecappuccino said...

Cantiknyaaaaaaaa!! baru tau..kalu dok gi doh kmarin!

mustahapa awang said...

Tahun ni ada lagi ker?