Sunday, March 27, 2016

Pak Lah Rojak & Nasi Ayam popular di Kuantan


Bagi warga Kuantan, Pahang, rojak dan nasi ayam Pak Lah di Taman Gelora memang sudah popular dan dikenali ramai. Kali pertama kami ke sana, melihatkan ramai pengunjung memang terbukti kedai makan Pak Lah sangat popular. Maklumlah, Pak Lah menggunakan resepi original sejak tahun 1970 lagi. Kalau dah ramai pelanggan, masa menunggu pun jadi lama. Ditambah pula cuaca agak panas, sedikit kurang selesa. Tapi nak cuba juga rojak yang popular ni, maka kami tunggu juga!



Sementara menunggu rojak siap, kita minum ABC dulu. Wah...lega.






Ok...Alhamdulillah, dah selesai makan. Rasanya? Bolehlah kut. Saya tak pandai nak menilai rasa makanan ni sebab bukan chef. Kalau tengah lapar, makan apa pun sedap. hehe.. Kepada yang berada sekitar Kuantan, bolehlah berkunjung ke sini dan cuba rasa sendiri. 

No comments: