expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, March 4, 2016

Pasangan Kembar mendapat 10A


Pengumuman rasmi keputusan SPM 2015 di SMKA Melor ada keistimewaan tersendiri. 2 orang calonnya, merupakan pasangan kembar telah mendapat keputusan yang sama iaitu 10A. Tahniah kepada Amirul Isyraf dan Amirul Isyraq. Kejayaan anda bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarga, malah turut mengharumkan nama sekolah. Keputusan SPM 2015 bagi SMKAM, GPS 2.76 (2014 3.44), seramai 10 orang calon mendapat 11 A, 11 orang calon 10 A dan 10 orang calon 9A.





Pelajar terbaik SPM 2015, Siti Nor Atikah bt Zakaria (kiri dalam gambar) mendapat 11A ( 9A+,2A). Pelajar lain yang mendapat 11A ialah 'Ainan bt Mohd Azni, Auni Fajriyah bt Hasrudin, Mohammad Ashraf b Mohammad Amin, Muhammad Ali b Mohd Hasni, Nur Fatin Salsabila bt Mohd Jailani, Nur Najihah bt Mohd Affandi, Nurul Asyiqin bt Allani Huslan, Nurul Nabila bt Mohd Sofri dan Mohamad Syakir Daniel b Suhaimi.











Tahniah kepada semua calon yang telah mendapat kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama sekolah. Teruskan pencapaian gemilang dalam apa-apa bidang yang diceburi nanti. Kepada yang kurang cemerlang, masih ada peluang untuk anda terus berusaha dalam mengejar kerjaya yang diimpikan. Ingat, kejayaan tidak akan datang dengan sendiri. Perlukan masa, pengorbanan dan komitmen daripada pelbagai pihak.


3 comments:

  1. tahniah kepada semua pelajar yang berjaya...

    tak ada tips ka bagaimana pelajar ini boleh berjaya?

    adakah aspek persekitaran, pemakanan, atau cara hidup yang merupakan faktor kejayaan di sesetengah tempat atau negeri tu?

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat mereka semua..
    Buat yang kurang berjaya, teruskan usaha anda lagi.. masih jauh lagi perjalanan hidup untuk disusuri..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.