expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, April 25, 2016

Japanese Village, Bukit Tinggi


Inilah tempat yang dinamakan Japanese Village tu! Nak pergi ke Jepun tak tahu bila lagi, Singgah sini dulu untuk melihat suasana perkampungan Jepun. Memang cantik tempat ni. Terletak di Bukit Tinggi, Pahang. Sesuai untuk merakam foto sendiri atau bersama keluarga. Pengunjung juga boleh mengenakan pakaian Jepun dengan bayaran tertentu. Kehijauan pokok dengan aliran sungai kecil di celah-celah batuan,bersama ikan-ikan turut menambah seri perkampungan Jepun ini.










Kalau singgah di Bukit Tinggi, jangan lepaskan peluang untuk melawat Japanese Village ini. Mungkin sedikit penat berjalan ke tempat tinggi ini, tapi panorama indahnya boleh menghilangkan kepenatan tersebut. Bagi yang berkemampuan, sudah tentu anda akan terbang terus ke Jepun untuk merasai sendiri keunikan negara matahari terbit ini.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.