expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, May 24, 2016

Pokok Bunga Kertas sedang Galak Berbunga


Lama tak buat entri pasal bunga. Nak tunjuk bunga kertas kat rumah saya yang sedang galak berbunga. Pokok bunga kertas ni memang suka berbunga ketika cuaca panas. Tapi kalau tak disiram, boleh layu juga pokok ni, terutamanya yang ditanam di dalam pasu. Bonsai bunga kertas ada 4 pasu, yang lain tanam kat atas tanah jer!

Monday, May 16, 2016

Bollywood Arabic tema Hari Guru 2016


Satu kelainan dalam sambutan hari guru kat sekolah tahun ini. Bukan sahaja hiasan dewan dan persembahan, malah pakaian guru juga mengikut tema. Tema tahun ini, Bollywood-Arabic. Alamak rasa macam kat Bollywood pula. Hehe.. Tahniah kepada pelajar tingkatan 5 (PERTIMA) yang menjadi penganjur kepada sambutan hari guru di sekolah. Tahniah juga kepada guru-guru yang sporting mengikut tema yang telah ditetapkan. Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang sambutan berlangsung.

Friday, May 13, 2016

Papan Kenyataan Cantik di Sekolah


Dah nak habis penggal pertama persekolahan baru nak tayang. Haha... teruk betul kan. Tak kisahlah, jom kita tengok papan kenyataan kelab dan persatuan kat sekolah. Hmm macam-macamlah budak-budak ni tonjolkan kreativiti untuk menghias papan kenyataan kelab atau persatuan masing-masing. Fokus utama, carta organisasi dan perancangan aktiviti sepanjang tahun. Kalau tak silap saya, pihak sekolah mengadakan pertandingan papan kenyataan tercantik antara setiap kelab / persatuan. Tak ingatlah pula papan kenyataan mana paling cantik. Anda nilailah sendiri.Hehe..

Tuesday, May 3, 2016

Jamuan Terima Kasih Cikgu


Terima Kasih Cikgu! Satu jamuan khas sebagai tanda penghargaan pelajar SPM 2015 kepada cikgu-cikgu telah diadakan di dewan sekolah. Boleh dikatakan aktiviti tahunan juga ni, sebab setiap tahun pelajar SPM akan mengadakan jamuan kepada semua guru. Terima kasih atas menu yang sedap tu! Berselera semua cikgu sebab dapat makan free. Hehe... Tahniah kepada Pertima 15 kerana berjaya mengadakan Jamuan Terima Kasih Cikgu pada tahun ini.