expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 17, 2016

Pasar Sampul Raya


Setiap orang memiliki hobi tersendiri. Hobi mengumpul Sampul Duit Raya (SDR) semakin berkembang dan diminati. Saya sendiri pun sudah mula meminati hobi mengumpul SDR ini. Bagi penggemar SDR, salah satu group popular yang menjadi tumpuan ialah Public Group dalam facebook dengan nama Pasar Sampul Raya. Di sini terdapat aktiviti jual beli SDR. Aktiviti secara atas talian ini memang seronok. Kita boleh memilih SDR yang dikehendaki, kemudian membuat pembayaran secara atas talian dengan transfer sejumlah harga yang dipersetujui ke akaun penjual. Mereka akan poskan SDR tersebut sama ada menggunakan pos berdaftar mahupun pos biasa. Sebagai contoh, gambar-gambar berikut saya ambil daripada group tersebut.









Semoga suatu hari nanti hobi ini akan terus diminati dan berkembang. Satu kepuasan apabila mendapat SDR yang dikehendaki. Tidak kiralah sama ada melalui pertukaran suka sama suka mahupun dibeli secara online daripada mereka yang memiliki koleksi SDR. Harga bukanlah satu masalah utama bagi mereka yang memiliki hobi ini. Kepada yang baru berjinak-jinak untuk mengumpul SDR, bolehlah melawat ke Pasar Sampul Raya. 



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.