Saturday, August 20, 2016

Zoo Mini di rumah Kediaman


Berkunjung ke rumah seorang rakan sekerja baru-baru ini telah memberi satu gambaran tentang hobi memelihara binatang ternakan. Berada di kawasan kediamannya seolah-olah berada di sebuah zoo mini. Pelbagai spesis burung, ayam, itik, serati, angsa, kambing hinggalah kepada monyet. Wah! meriah betul. Inilah yang dikatakan minat atau hobi memelihara binatang. Meluangkan masa bersama binatang ternakan seolah-olah satu terapi, boleh melupakan sejenak permasalahan kerja. Nampak mudah tapi hobi ini memerlukan komitmen yang tinggi khususnya dalam aspek penjagaan makanan, minuman dan kesihatan binatang ternakan. Bukan semua orang boleh melakukannya. Kalau ada minat sekadar hangat-hangat tahi ayam, baik fikirkan semula hobi ini. Jom tengok beberapa koleksi foto yang sempat saya rakam.











Tahniah ustaz Mujib kerana berjaya memelihara binatang ternakan ini dengan baik. Mungkin suatu hari nanti hobi ini boleh menjadi sumber pendapatan sampingan. Di mana ada kemahuan, Di situ ada jalan. Sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan. 



3 comments:

Normi Nieza said...

Janji ada minat

Pha Is said...

ni kna ada minat ni.. fuh..

aizamia 3 said...

Best kalau dapat kawasan yang luas macam ni.. ;)