expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, September 26, 2016

Lawak lagikah Majalah Ujang?


Lama betul tak membaca majalah Ujang. Masa sekolah dulu-dulu ada juga saya membeli majalah Ujang ini. Zaman itu mana ada whatsapp dan segala media sosial macam sekarang. Majalah inilah yang menjadi penghibur pada era 80an dan 90an dulu. Sampai sekarang majalah Ujang masih wujud, cuma ada cerita-cerita tertentu sudah ditamatkan episodnya. Saya rasa tahap 'kelawakan' majalah Ujang sekarang tidak dapat menandingi 'kelawakan' majalah Ujang dulu-dulu. Mungkin faktor umur saya yang semakin meningkat kot. hehe... Apapun semasa Pesta Buku di Kota Bharu baru-baru ini saya sempat membeli beberapa koleksi Majalah Ujang dengan harga istimewa.





Best juga, beli 5 buah majalah Ujang
kita akan dapat beg kertas yang comel lagi ekslusif


 T-shirt dan pelbagai koleksi Ujang turut dijual







Semoga majalah Ujang terus bertahan,
menjadi kenangan buat peminat setianya.


1 comment:

  1. rasa nyer dah dekat 5 tahun doh x baca ujang...dulu biasa beli majalh apo?..jap2 ada gst harga memang beliak biji mata..terus stop beli apo?..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.