Friday, September 23, 2016

Kempen Makan Buah-buahan Tempatan : Ada Pengunjung Kecewa

 
Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan di RTC Kota Bharu hari ini sangat bagus dan wajar diadakan. Saya yang tak pernah menyertai kempen makan buah secara  sedemikian pun turut serta dalam kempen ini, untuk mengalami sendiri pengalaman makan beramai-ramai buah-buahan tempatan. Peserta dewasa perlu membayar RM5 seorang dan kanak-kanak di bawah 17 tahun masuk percuma. Memang berbaloi bagi mereka yang membawa anak-anak yang ramai! Banyak juga kedengaran rasa tidak puas hati dalam kalangan pengunjung. Kenapa?




Saya rasa buah-buahan yang disediakan tidak mencukupi dengan bilangan pengunjung yang ramai dalam satu-satu masa. Mungkin penganjur sudah bajet dengan bayaran cuma RM5 itu, jumlah buah-buahan yang disediakan sekadarnya sahaja. Cukup malang bagi mereka yang tidak gemar berebut-rebut untuk mendapatkan buah macam saya! Usahkan nak makan sebiji durian, seulas durian pun tak dapat. Saya cuma sempat makan beberapa biji manggis yang rasanya tak sampai pun RM5 kalau beli di luar.



Beberapa orang pengunjung yang datang berkumpulan (termasuk berkeluarga) nampaknya cekap mengumpulkan buah untuk dimakan bersama. Setiap seorang mengambil sejenis buah, kemudian makan bersama ahli keluarga. Kesian bagi yang masuk seorang diri tepaksa berebut-rebut untuk mendapatkan beberapa jenis buah dalam satu masa. Itulah yang saya alami, akibatnya tak sempat langsung makan durian dan jagung.Kempunan betul nak makan jagung tu!







Satu perkara yang saya nak komen tentang kebanyakan pengunjung yang datang, mereka seolah-olah ingin makan sepuas-puasnya tanpa memikirkan orang lain, padahal orang lain pun bayar juga untuk masuk. Ada juga yang menghulurkan buah-buahan kepada ahli keluarga yang berada di luar kawasan yang disediakan, dengan kata lain tanpa perlu membayar, mereka di luar itupun dapat makan, malahan lebih lumayan daripada yang berada di dalam yang terpaksa berebut-rebut. Fikir sendirilah pasal baik buruk makan tanpa membayar!



Bagi saya, slogan makan sampai kenyang itu hanyalah untuk tarikan pengunjung sahaja. Macamana nak kenyang, nak rasa serba sedikit buah-buahan itupun tak dapat. Kalau anda seorang yang suka berebut, dan boleh buat muka tak malu untuk bertolak-tolak mendapatkan buah, bolehlah datang ke sini. Belum cuba belum tahu. Saya sendiri mungkin inilah kali pertama dan terakhir menyertainya. Lebih baik beli sendiri buah-buahan untuk dimakan. Puas hati! Apapun tahniah kepada penganjur kerana mengadakan kempen ini. Sekurang-kurangnya memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli buah-buahan sendiri, makan pelbagai jenis buah dengan bayaran cuma RM5.




1 comment:

Normah Kumin said...

Assalam,
Walaupun bayaran 5 RM tapi macam dapat makan free juga bagi yang sanggup berebut,
Memang dimana-mana pun, situasi ini tidak dapat dielakkan,
Adalah lebi baik kalau penganjur mambungkus atau menghadkan habya beberapa ulas sahaja untuk seorang, atau adakan kupun semasa membayar tiket, satu kopun untuk satu orang, dan buah tu siap di pack sama banyak.