Monday, November 7, 2016

Debaran SPM 2016 baru bermula


Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Penuh debaran dan persoalan menduduki peperiksaan SPM pada hari pertama. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Semoga apa yang telah diusahakan hampir dua tahun ini akan membuahkan hasil yang diharap-harapkan. Segala penat lelah usaha semua pihak tidak kira siang dan malam diterjemahkan dalam dewan Al Ghazali yang menjadi saksi kejayaan cemerlang anak-anak SMKAM saban tahun.














Selamat maju jaya
Semoga kejayaan menjadi milik kita!


1 comment:

Sop Nama Saya said...

good luck kpd semua calon SPM