Monday, December 12, 2016

Beli Pasir untuk Tandas Kucing


Ada yang bertanya saya nak buat apa beli pasir selori?(opsss bukan selori yang besar tu, cuma anak lori saja). Serba salah juga nak beritahu. Maklumlah, bukan ada projek renovation rumah pun. Sebenarnya pasir itu untuk dijadikan tandas bagi 2 ekor kucing peliharaan kami, Haha... Sebelum ini kami gunakan pasir khas sebagai tandas kucing. Sekarang kucing-kucing itu semakin besar. Jadi eloklah disediakan tandas terbuka untuknya. Sekurang-kurangnya saya tak perlu lagi membersihkan najis kucing setiap pagi dan petang dalam pasir khas sebelum ini.


Tugasnya sekarang, kena biasakan kucing-kucing ini dengan tandas baharu mereka. Harap-harap kucing-kucing ini dapat membiasakan diri dengan pasir tersebut. Oh ya, harga pasir bagi selori kecil sekarang ialah RM90. Untuk jangka panjang saya rasa berbaloi jika dibandingkan kalau beli pasir khas untuk kucing setiap bulan. Lainlah kalau kucing tu dikurung dalam sangkar, mesti kena sediakan pasir khas. Kucing kat rumah kami, bebas jer di luar rumah. Tidur pun di beranda rumah saja. Hehe..



Semoga projek ini berjaya!


2 comments:

Zamri Spoon said...

salam bro, link blog bro sudah saya letakkan dalam blog saya http://gabancomel.blogspot.my/. terima kasih kerana exchange bloglist dengan saya.

Sop Nama Saya said...

selori pasir utk tandas kucing
mmg puas mereka nak membuang nanti. huhuhu