Wednesday, December 14, 2016

Hari Keluarga di Pantai Bukit Keluang, Terengganu


Bukan senang untuk berkumpul semua ahli keluarga pada satu-satu masa. Alhamdulillah kami dapat berkumpul lengkap satu keluarga baru-baru ini di Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Aktiviti santai seperti makan-makan, mandi-manda dan main-main bermula dari pagi hingga petang. Seronok juga dapat melupakan sejenak masalah dunia dengan bersantai bersama keluarga di samping melihat keindahan pantai Bukit Keluang. Pemandangan di sini sangat cantik, sesuai bagi mereka yang ingin menghayati kecantikan alam, mahupun mengabadikannya dalam kamera dan telefon pintar masing-masing. Entri ini saya kongsikan sebahagian foto untuk kenangan kami sekeluarga.














Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan hari keluarga ini. Semoga kita dapat bersama lagi dalam aktiviti lain pada masa-masa akan datang di lokasi yang lain pula.


1 comment:

Abam Kie said...

dah lama x berkelah ke bkt kluang..