expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, May 19, 2017

Sawah Padi dan Pakaian Tradisional sempena Hari Guru 2017


Bagaikan berada di sebuah perkampungan Melayu, dengan sawah padi menghijau ditambah pula dengan pakaian tradisional Melayu. Inilah tema sambutan hari guru di SMKAM bagi tahun 2017. Cikgu-cikgu yang sporting memakai pakaian mengikut tema. Ada yang sanggup menyewa pakaian pengantin! Jangan ke tempat lain sudahlah yer! Tahniah PERTIMA 2017 yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan hari guru kali ini. Jom kita tengok koleksi gambar kenangan sepanjang sambutan tersebut.

Friday, May 5, 2017

Konsep SATU Ahmad Faiz pelajar Kelainan Upaya (OKU)


Konsep SATU yang diamalkan oleh Ahmad Faiz b Ibrahim, pelajar Kelainan Upaya (OKU) kategori Palsi Serebrum, ternyata membuahkan hasil. Beliau merupakan salah seorang pelajar terbaik STAM 2016 Kelantan yang mendapat 10 mumtaz (cemerlang). SATU yang dimaksudkan ialah SA- Sedia Awal iaitu membuat persediaan awal tentang sesuatu topik yang akan diajar oleh guru, sebelum mengikuti pembelajaran dalam kelas. T- Tumpuan iaitu memberi tumpuan atau fokus semasa guru sedang mengajar, tanpa mengalihkan tumpuan kepada perkara lain. U- Ulangkaji iaitu membuat ulangkaji terhadap pelajaran yang dipelajari.