expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 4, 2019

Perlukah Boikot Durian Timbang?


Musim durian tiba lagi. Sedap sungguh makan durian ni. Biarpun hangat isu boikot durian timbang, tapi saya beli juga. Tak banyak, dua biji jer beli durian Udang Merah. Harga RM20/kg. Sajalah nak rasa durian sedap ni. Nak beli banyak macam tak mampu jer. Hehe...



Puas hati betul, isi cantik, rasanya pun sedap. Tapi sayang tak boleh beli banyak sebab harganya mahallah juga. patutlah ada yang suruh boikot durian yang dijual secara timbang ni. Tapi saya rasa itu hak penjual. Mungkin mereka dapat bekalan dengan harga yang sudah mahal. Maklumlah, kos penjagaan juga tinggi. Jadi sebagai pengguna, kalau rasa mahal, pilih saja yang mampu beli. 





Kalau nak makan banyak, seisi keluarga, saya beli durian kampung. Durian dari Perak ni harga nya RM12/kg. Kalau beli kat sana mungkin murah lagi harganya kan! Makan dengan pulut, sedap jer pulut durian ni kalau makan sekali-sekala.



Siap untuk dimakan



Dahlah durian manis, tambah gula dan gula Melaka lagi...



Selamat menjamu selera...
Nak boikot ker tidak durian timbang ni, tanya diri sendirilah .
Tapi sesekali nak makan durian tu, beli sajalah kan.. 
sebab tak ada kebun sendiri.


1 comment:

  1. mujurlah abe kie x make duye jd x perlu berabis pitih beli buah duye nih..hehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.