Wednesday, October 30, 2019

Penyelesaian Belimbing diserang Serangga


Alamak besar pula sarung buah ni. Takpe lah, kot2 buah belimbing saya ni akan membesar penuh sarung tu. Haha... Masa beli dalam Lazada hari tu, tak perasan pula saiznya berapa, pakai beli jer. Sebelum ni tak terlintas pula nak beli sarung buah ni. Kesian buah belimbing saya ni asyik kena sengat dek serangga jer. Kerengga pun banyak kat pokok ni.



Seronok tengok pokok belimbing yang selalu keluarkan bunga. Biarpun cuma
ada sepokok jer, cukuplah untuk sekeluarga. Bukan nak jual pun.



Buah yang diserang serangga, tak boleh dimakan.



Harap-harap selepas dibalut dengan sarung khas ni dapatlah
merasa buah yang elok. Cuma terfikir macamanalah nak balut  buah
yang tinggi tanpa menggunakan tangga.



Ada juga buah yang kurang dirosakkan serangga, bolehlah dipetik untuk dimakan.




Saya memang suka minum jus belimbing. Apatah lagi kalau belimbing yang dipetik terus diblend segar dari ladang. Harap-harap buah yang dibalut itu nanti boleh dipetik apabila tiba masanya. Alhamdulillah, dapat juga penyelesaian buah belimbing yang diserang oleh serangga. 

1 comment:

Uji Rafizan Hussein said...

Buah ni potong-potong tabur serbuk asam.Fuh!Bukan main sedap!