expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, May 2, 2020

Gigih si burung Membina Sarang




Assalamualaikum.
Dari jendela ini, saya perhatikan dari kejauhan seekor burung beberapa kali singgah pada pokok bonsai depan rumah.

Rupanya si burung sedang membuat sarangnya. Begitu gigih ia terbang berulang kali dengan membawa sehelai rumput kering di paruh. Tidak pula saya kira berapa kali ia berulang-alik memunggah rumput itu, cuma agak kerap.

Seketika ia terhenti memunggah apabila ada kucing peliharaan saya sedang memerhati berhampiran pokok tersebut. Adakah ia akan menjadi mangsa si kucing? Itu cabaran! Nasib baik kucing berlalu pergi apabila si burung berhenti hinggap pada pokok itu.

SI burung terbang lagi dan lagi membawa rumput untuk menyiapkan sarangnya. Saya tidak pasti bila akan siap!

Usaha dan kegigihannya itu menarik perhatian saya. Tetap berusaha biarpun pada masa yang sama ada cabaran yang menunggu. Semoga siaplah sarang yang dibina, dan dapat bertelur di sana dengan aman.

Sebagai manusia, ambillah iktibar. Dalam melakukan sesuatu perkara itu, kita mesti gigih berusaha. Kalau bukan kita sendiri, siapa lagi yang akan berusaha untuk kita?

Ingat, usaha tangga kejayaan.

#kembaraminda7

2 comments:

  1. Semoga sang kucing tidak menjadi pemangsa kepada sang burung. Mudah-mudahan sang burung sempat bertelur, menetas dan anak-anak burung selamat terbang meneruskan kehidupan.

    ReplyDelete
  2. lama x update blog? harap sihat sokmo.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.