expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 18, 2020

Hasrat Berbuka dengan Nasi Paprik Ayam tidak Kesampaian


Setelah beberapa hari berbuka dengan menu masakan di rumah, hari ini kami ingin bertukar selera dengan membeli saja makanan dari restoran. Bincang punya bincang akhirnya kami ke sebuah restoran yang besar juga di Pasir Tumbuh. Seharian berpuasa enam, harapannya dapatlah berbuka dengan berselera petang ini. 



Menu pilihan, nasi goreng kampung, nasi paprik ayam dam mee goreng. Teringin makan nasi paprik ayam, sampai 3 bungkus! Yer la, dah 3 orang nak makan menu yang sama. 



Masuk waktu berbuka, terus menjamah nasi. Suapan pertama paprik ayam itu saya sudah rasa ada kelainan rasa. Makan lagi sehingga satu pertiga, barulah perasan ayam itu rasa masam. Puan isteri dan anak juga mengakuinya. 

Alamak, macamana ni, ayam dalam nasi goreng kampung dan mee goreng juga sama rasa. Macam ayam yang sudah rosak kualitinya. Jadi semua makanan tersebut tidak dihabiskan. Tak sampai separuh pun dimakan. Kesudahannya kami berikan kepada kucing. 

Saya tak kisah kalau harga makanan sedikit mahal asalkan ada rasa. Tak tahulah tuan restoran itu mengambil berat atau tidak pasal bahan mentah untuk dimasak. Kalau makan di restoran tadi, saya akan beritahu mereka, atau minta tukang masak itu sendiri yang rasa hasil masakannya sendiri. 

Ingat ya, pelanggan ada hak atas wang yang dibelanjakan. Kalau sedap masakan, orang akan ke sana lagi. Kalau tak sedap, orang akan ingat sampai bila-bila. 

Saya bukan berniat untuk memalukan sesiapa, cukup sekadar mengingatkan diri sendiri agar lebih selektif dalam memilih kedai makan. Anggaplah tiada rezeki kami untuk merasa masakan restoran tersebut hari ini. 



Harap-harap kami dan pelanggan restoran tersebut tidak keracunan makanan. Semoga perkara yang sama tidak berulang.

8 comments:

  1. Selamat berpuasa enam di bulan syawal
    Harap2 tak memudharatkan

    ReplyDelete
  2. Bahaya kalau teruskan makan, takut dah ada Salmonella

    ReplyDelete
  3. kenapa tak g compalaint supaya org lain tak terkna jugk.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab frust dan penat, terlupa nak call bgtau.huhu

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.