expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 23, 2021

Buah cempedak, kek lapis Sarawak dan Batu Caves


0007 BUAH CEMPEDAK

Buah cempedak ini bukan di luar pagar, tapi masih dalam pagar rumah saya. Nama saintifiknya Artocarpus interger. Semasa foto ini dirakam, buahnya belum besar lagi, tapi jumlahnya agak banyak. Harap-harap dapatlah merasa hasil cempedak berbuah sulung ini.




0008 KEK LAPIS SARAWAK

Keenakan kek lapis Sarawak ini memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Kalau dahulu, kek ini banyak disediakan pada musim perayaan, kini kita boleh dapatkan kek lapis Sarawak pada bila-bila masa. Pelbagai warna dan rasa, pasti memikat hati para penggemar kek. Kek ini saya beli khas dari Sarawak.





 0009 BATU CAVES KUALA LUMPUR

Batu Caves, satu tempat yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ramai yang sudah tahu kewujudan tempat ini sama ada dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara. Selain menjadi tempat ibadat bagi penganut Hindu, Batu Caves ada daya tarikannya yang tersendiri. Saya sudah beberapa kali sempat berkunjung ke sini. Lagi foto berkaitan boleh KLIK DI SINI atau KLIK DI SINI.

Semoga bermanfaat. Untuk notification update blog Kembaraminda7 melalui channel Telegram, sila KLIK DI SINI. Terima kasih.



2 comments:

  1. Buah cempedak tu simpan sebiji aje setangkai supaya buahnya lebih berkualiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh begitu. Dah besar tu sayang pula nak buang. Hehe. Terima kasih atas perkongsian.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.